Monday, February 17, 2014

Bila ?

Posted by Unknown at 12:32 AM
"Dua belas dua puluh minit".. 
Ahh...mahu sahaja mataku ini melabuhkan tirai di kamar malam. Di hujung minggu begini..remaja lain keluar berseronok dengan teman - teman mereka hingga ke larut malam...


Tidur...satu keperluan mahupun kehendak ? Ataupun rutin ? Tidur adalah ibadah...

Lantas aku ligat mencari rujukan ilmiah mengenai tidur...

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersolat ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

"Berlambak assignment ni," monologku sendirian.
Siswa Syariah dan Undang - Undang, hampir empat Semester aku berada di bumi tarbiyah ini. Mungkin ini ujian dan rahmat Allah buat diriku. Mencari dan meneroka ilmu yang tidak kusangka - sangka. Minatku cenderung ke arah ala - ala dalam filem Barat yang canggih persis Avatar Transformers dan Animasi 3D yang mempunyai CGI nya yang bergitu menarik minatku.

Ku pndamkan sahaja hasratku..
Ku tanamkan azam dan cita - cita ini..
Mungkin ada hikmah..
Allah memberiku jalan ini untuk meneroka ilmu baharu...
Mungkin boleh menjadi seseorang yang berguna
Tahu semua biaca....
Tahu semua kemahiran....
Tahu semua gerak langkah...

Semua itu aturanNya...

Sudah mengarut panjang..hmm hmmm..senyumku sendirian.
Tugasan cuti belum disiapkan. Siayasah Syariyyah , Ayat dan Hadis Ahkam , Bahasa Inggeris 4.
Belum masuk pembentangan lagi..

Pheww...

Ya Allah , permudahkanlah segala urusanku...
Bismillahirrahmanirrahiim.... 



0 comments:

Post a Comment

 

red velvet Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos